Isu Palestin

isu palestin


Kenyataan rasmi Ikhwan berkait pencerobohan Al-Aqsa

Kesucian Masjid Al-Aqsa dan Palestin sekali lagi dicabuli oleh pencerobohan puak ekstremis Yahudi di bawah pengawasan tentera Israel pada hari Ahad yang lepas (4 Oktober 2009) dan berterusan sehingga kini. Pencerobohan itu turut menyaksikan tindakan kejam tentera Israel terhadap umat Islam Palestin yang dihalang daripada bersolat di dalamnya dan penangkapan beramai-ramai ke atas mereka yang mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada dinodai.

Justeru itu, Ikhwan Muslimun telah mempelopori seruan supaya seluruh umat Islam bangkit menentang kekejaman regim Zionis ini dan mempertahankan kesucian Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada dinodai tangan-tangan kotor Zionis dan Yahudi. Menjadi kewajiban kita untuk bersatu memperjuangkan hak rakyat Palestin dan memberi sokongan padu kepada mereka yang sedang berjuang untuk membebaskan tanah suci ketiga milik umat Islam ini.

Berikut merupakan terjemahan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ikhwan Muslimun berkait perkembangan terkini di Palestin khususnya di Masjid Al-Aqsa:

Kenyataan Rasmi Ikhwan Muslimun Tentang Perkembangan Terkini di Palestin dan Masjid al-Aqsa

Ikhwan Muslimun – ketika sedang mengikuti dan mengecam kejadian yang berlaku di bumi Palestin, terutamanya tindakan jenayah regim Zionis yang mahu meruntuhkan Masjid al-Aqsa , mengepung dan menyekat orang ramai daripada menunaikan solat di dalam masjid tersebut… di samping beberapa konspirasi yang dilakukan ke atas seluruh rakyat Palestin dan sikap Pihak Berkuasa Palestin yang melepaskan peluang untuk memuhasabah regim Zionis di atas kekejaman mereka – dengan ini melahirkan rasa amat percaya dan yakin bahawa kejahatan regim ini akan berterusan dan tiada yang dapat menyekat mereka kecuali penentangan yang berterusan dengan sokongan yang kuat, praktikal dan tidak berhenti dari segenap aspek.

Sehubungan dengan itu, Ikhwan Muslimun menyeru umat Arab dan Islam agar bangkit menentang regim Zionis, memainkan peranan utama dalam mempertahankan tanah suci mereka, memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang sehinggalah bumi Palestin, yang juga bumi Arab dan Islam, dibebaskan daripada dicemari oleh Zionis dan Yahudi. Serentak dengan itu juga, Ikhwan menggesa semua pemerintah dan kerajaan, organisasi dan institusi masyarakat, serta gerakan Islam agar menunaikan kewajiban mereka, menyatukan saf dan tenaga, memperjuangkan hak orang-orang Palestin agar ia dikembalikan kepada mereka yang merupakan tuan tanah yang menjadi rebutan itu. Mereka juga hendaklah berusaha menyekat tindakan Yahudi yang sengaja menimbulkan suasana tegang dan menyalakan api kemarahan, mendorong ke arah meledaknya peperangan di rantau terbabit dan di dunia seluruhnya.

Kami ingin menegaskan:

1- Umat Islam dengan semua bangsa dan kelompoknya telah bangkit, termasuk – bahkan berada di depan sekali – Ikhwan Muslimun yang sanggup memberikan pengorbanan termahal, di samping usaha yang berterusan untuk membentuk pendapat umum, kesedaran rakyat yang hakiki dan gerakan yang praktikal demi membantu saudara-saudara kita itu; untuk misi mempertahankan tanah suci kita di Palestin, terutamanya Masjid al-Aqsa.

2- Kerajaan dan pemerintah negara Arab dan Islam hendaklah memainkan peranannya. Kita menyeru mereka agar menyatukan barisan dan pendirian untuk menentang tindakan-tindakan Zionis. Mereka hendaklah memutuskan segala hubungan sama ada berbentuk politik, perdagangan dan ekonomi. Sebaliknya mereka hendaklah membantu perjuangan menentang penjajahan di Palestin dengan segala cara, menentang pelan Zionis-Amerika, serta segera menyebelahi pendirian majoriti rakyat mereka.

3- Anggota parlimen di negara-negara Arab dan Islam mesti bergerak dan mengadakan perhubungan dengan anggota serta institusi parlimen di seluruh dunia dalam rangka untuk menerangkan isu Palestin dari pelbagai sudut dan menjelaskan tentang hakikat kekejaman jenayah Zionis ke atas rakyat Palestin, serta menentang pelan Zionis-Amerika.

4- Parti-parti politik, kesatuan sekerja dan organisasi hak-hak asasi manusia di seluruh dunia, terutamanya dunia Arab dan Islam, hendaklah berusaha untuk mendedahkan bahaya perancangan Yahudi, menentang kekejaman mereka, serta membantu penentangan penjajahan rakyat Palestin dengan segala cara dan wasilah yang terdaya.

5- Salam penghargaan dan penghormatan untuk rakyat Palestin yang tabah bertahan menentang Zionis. Kami berjanji di depan Allah untuk kekal bersama kamu. Kami tidak akan sekali-kali membiarkan kamu sehinggalah Allah memenangkan kamu ke atas musuh kamu dan musuh kami, Zionis.

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu” (Surah Ali Imran: 160).

Bergembiralah wahai mujahidin dengan janji yang kamu meteraikan. Sesungguhnya ia adalah jihad; sama ada menang atau syahid. Allahu Akbar. Semoga perjuangan berterusan.

Sesungguhnya Allah di sebalik tujuan, dan Dialah yang menunjuki jalan.

Ikhwan Muslimun
Kaherah, 18 Syawal 1430H (7 Oktober 2009M)

Advertisements

Tiada Respons to “Isu Palestin”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: