Bicara Az-Zahra

azzahra

Romeo & Juliet Versus
Yusuf A.S & Zulaikha

Sidang pembaca yang dirahmati Allah..

Bicara Az-Zahra kembali di awal tahun ini dengan kisah berkaitan dengan cinta. Disepanjang sejarah kehidupan manusia banyak kisah-kisah cinta yang ditulis oleh ramai penulis-penulis yang  mengagungkan cinta. Ada yang menyempitkan skop hanya  kepada cinta sang teruna dan dara. Namun ada yang  merasakan cinta di dalam setiap nadi dan urat sarafnya dan  menyebarkan rasa cinta sesama manusia hanya untuk  mendapatkan rahmat dan kasih sayang dari Allah.

Ikutilah kisah ini..

Romeo dan Juliet adalah sebuah kisah karya Shakespeare  yang kadang-kadang dianggap karya bersejarah. Sebuah  tradegi cinta yang akhirnya membawa keduanya ke  penghujung kehidupan.

Ketika dan pada hari yang ditentukan, datanglah Romeo  menuju kubur tipuan Juliet. Romeo pun panik ketika melihat  Juliet terbaring kaku. Pada sangkaannya Juliet sudah  menemui ajal. Maka tanpa berfikir panjang lalu dia terus  meminum racun. Matilah Romeo dengan mulutnya penuh  dengan buih racun.

Selang beberapa masa, terjagalah Juliet daripada pengsannya  yang panjang. Melihat Romeo ada disisinya, Juliet pun  kembali tenang. Namun ketenangannya tergugat bila didapati  Romeo sudah pun tidak bernyawa lagi.  Terkejut dan panik  sehingga akal tidak lagi dapat befikir dengan waras. Jalan  singkat pun diambil kerana baginya tiada lagi orang yang  boleh dicintainya selain Romeo yang telah pergi  meninggalkannya. “Apalah gunanya hidupku lagi tanpa  Romeo disisiku”, rintih Juliet. “Bukankah dunia ini milik kita  kita?”, tanya Juliet dalam hati dengan penuh kekeliruan.

“Romeo, tanggalkan sebutan namamu”, ucap Juliet pada  suatu hari kepada Romeo. Kerana yang menjadi batu  penghalang cinta agung mereka adalah kedua orang tuanya.  Lalu dari percakapan inilah lahir satu kalimah yang  ‘menggoncangkan dunia’ iaitu ”What is in a name?”.

Kini Juliet termenung. Ditatapnya Romeo dalam-dalam, lalu  dengan perlahan-lahan bibirnya yang masih bergetar itu  mendekati mulut Romeo yang penuh dengan buih racun  sambil linangan air mata membasahi pipinya yang putih itu.  “Romeo”, bisiknya sayu. Lalu sampai di situlah akhirnya  hidup Romeo dan Juliet di dalam kisah percintaan mereka.

Kisah cinta yang dinukilkan oleh Shakespeare itu akhirnya  ‘menggoncangkan dunia’. Bahkan pernah dikisahkan, seorang  tentera Inggeris ketika meggempur Kepulauan Malvinas, memegang senjata, disamping itu juga membawa Injil dan cerita  Shakespeare.

Sidang Pembaca yang dihormati,

Bukan hanya Eropah sahaja yang menyimpan kisah seperti itu. Sederet kisah berlabel sama juga terdapat dinegara-negara lain. Negara China, sebuah negara yang terkenal dengan tembok raksasanya itu juga menyimpan kisah yang tidak kurang hebatnya: “Sam Pek Eng Tay”. Dataran timur tengah dengan hamparan padang pasir juga  menyimpan kisah yang popular iaitu Laila Majnun.

Alkisah, Qois yang gagal memikat Laila pun akhirnya menjadi  gila. Lalu dengan pelampiasan cinta, dia menulis dan  menyenandungkan syair-syair cinta dan syair-syair majnun’.  Dengan rambut kusut masai dan tubuh yang hanya dibalut  kulit dan tulang, Qois terkapar di atas makam Laila dengan  untaian rangkapan syair kegagalan cinta  dan kerinduannya  kepada Laila. Qois menemui ajalnya di padang pasir yang  kering yang hanya ditemani binatang buas. Agak tragis  kematiannya..

Di negara kita Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan  kisah cinta Uda dan Dara. Di Bali ada Jayaprana dan  Layonsari. Di Jawa ada Roro Mendut dan Pronocitro. Ada  juga kisah dari negara India iaitu Hikayat Rama dan Sita..

Kisah sewarna itu tidak habis di situ. Bagaikan mata air abadi,  kisah cinta seperti itupun terus dihasilkan tanpa pernah  habis. Dengan generasi sekarang yang terdedah dengan cerita-  cerita cinta Korea dan Jepun. Baik yang berupa novel, cerita  pendek ataupun filem. Apa yang menarik sebenarnya? Ya…  Sudah semestinya tentang cinta..

Sidang pembaca sekalian..

Ada kisah cinta sejati yang agung digarap olah Yang  Maha Pengarah, Allah Azza Wajalla dan diwahyukan kepada  seorang uswatun Hasanah, Rasulullah SAW yang membawa  ibroh dan hikmah kepada semua manusia. Jauh dari kesan  hiba, lemah dan eksploitasi cinta tanpa makna..

Ketika suasana sunyi sepi, isteri pembesar itu pun mula gelisah. Dia terus mundar-mandir di dalam biliknya. Kali ini dia menghampiri cermin yang tidak jauh dari temapat dia berada. “Apa yang kurang menariknya aku?” bisik Zulaikha sambil mengikat rambutnya yang berkilauan itu. Rambutnya yang hitam berkilat, ikal panjang laksana selendang sutera yang melambai, memang sangat mempersonakan..

Matanya yang bulat dengan sorot mata yang memancar, dihiasai bulu mata serta alis yang halus terbentuk, pasti menawan lelaki yang merenungnya hingga mungkin sahaja akan tidak berkelip atau tidak berdaya dan terkata.

Apalagi kulitnya juga putih bagai air yang jernih ditambah pula solekan serta haruman miyak wangi yang mengancam. Siapa sahaja tidak akan merasa bosan bila memandangnya. Belum lagi melihat pakaiannya yang eksklusif, pakaian pemaisuri pembesar yang sudah tentu bukan satu masalah baginya. Bahan dari sutera terpilih dengan corak fesyen menarik yang dirancang oleh pereka khas.

Sudah tentu rekaannya serasi dengan kulit dan bentuk badan malah membuat daya tarikannya tersendiri dan terserlah. Bagi sesama wanita, kejelitaannya dan keanggunannya dicemburui tetapi diakui  apalagi di mata lelaki.

“Kali ini mesti berjaya!!” kata Zulaikha sambil seulas senyuman menghiasi bibirnya yang merah. Lalu dengan penuh hati-hati dia menuju ke bilik Yusuf, pujaan dan idaman hatinya selama ini.

“Yusof, tolong buka pintu!” seru Zulaikha perlahan-lahan. Yusuf yang sedang teringatkan perjalanan hidupnya itu melangkah perlahan mendekati pintu dan membukanya. “Wahai Tuan Puteri, aku sendirian!” , Suara Yusuf gugup sambil mengundurkan langkahnya.” bertenanglah Yusuf, bukankah kita berdua sahaja di sini”, tingkah Zulaikha sambil cepat-cepat mendekati Yusuf. “Tidak Tuan Puteri, Tuan adalah majikanku!!” sergah Yusuf yang sudah mengetahui arah dan maksud perbicaraan majikannnya. “Mengapa Yusuf, apa yang kurang menariknya aku?”, ucap isteri pembesar itu denga nada memaksa.

Itulah sebahagian kisah yusuf dan Zulaikha yang diabadikan Al-Quran di dalam Surah Yusuf. Sebenarnya, nafsu Yusuf pun tertarik pada Zulaikha yang memang sangat jelita itu. Yusuf sedia maklum bahawa kalau beliau menolak ajakan Zulaikha, dia pasti akan dipenjarakan. Tetapi Yusof lebih rela memilih penjara daripada tunduk kepada hawa nafsu. Beliau sedar akan keterbatasan dirinya tapi beliau juga sedar akan perbuatan yang apabila dilakukannya akan memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang bodoh. [Surah Yusuf : 33]

Sesungguhnya sikap Yusuf merupakan suatu kesabaran yang luar biasa. Bahkan menurut jumhur ulama’ (lihat perbahasan Sabar tulisan Dr Yusuf Al-Qardhawi), ujian terhadap Yusuf jauh lebih besar daripada ujian terhadap Ya’akub ayahnya. Posisi Yusuf yag masih muda dengan potensi nafsu yang bergolak, serta statusnya sebagai hamba semakin membuka peluang itu. Yang mengajaknya pula adalah si Jelita rupawan, Zulaika, majikannya yang menggunakan kekuasaannya dengan mengancam Yusuf jika menolaknya. Sesungguhnya dalam kaca mata cinta versi Jahiliah, Yusuf dianggap tidak bersalah jika dia menerima dan melayani pujukan Zulaikha. Bukankah Yusuf seorang hamba dan di dalam keadaan dipaksa..

Namun masalahnya bukan setakat itu, ada satu garis yang tidak boleh dicerobohi. Garis sempadan antara taat dan maksiat. Yusuf memang tertarik kepada Zulaikha, itu adalah normal kerana syahwat telah dikurniakan Allah kepada manusia sebagai hiasan [3:114]. Tetapi Zulaikha bukan isteri Yusuf yang berhak beliau ‘rangkuli’ sesuka hatinya [2:23]. Yusuf a.s sedar bahawa syahwat tidak boleh disalurkan secara sesuka hati. Di sinilah pengakuan Yusuf. Dan suatu ibroh dan pengajaran kepada kita semua bahawa menurutkan gejolak nafsu walaupun dalam keadaan seperti Yusuf adalah suatu perbuatan yang sangat bodoh,

Ikuti siri terakhir kisah ini.. Insya Allah..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Artikel Sebelum:

artikel Kisah Sumayyah binti Hayyat

Kisah Kemuliaan Ummu Sulaim


Advertisements

Tiada Respons to “Bicara Az-Zahra”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: