Adakah Ummah Islam Bermasalah.. (1)

1Masalah yang dihadapi umat Islam kini bukan sekadar keruntuhan akhlak, kelalaian melaksanakan ibadah khusus, meringankan pelaksanaan upacara agama atau meniru-niru nilai asing. Namun masalah yang utama dan yang terbesar adalah sama ada manusia beriman atau tidak kepada Allah dan prinsip-prinsip keimanan yang lain. Permasalahan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat terus hidup atau ditinggalkan usang tanpa dipelihara.


Islam dan umatnya diserang

Al-Islam adalah risalah daripada Allah SWT. Kini Islam bertembung dengan nilai barat dan timur yang bercirikan jahiliah. Keangkuhan fahaman athies pula telah berdiri di pihak penentang syari’at Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Jiwa dan pemikiran umat Islam sepanjang abad lalu menjadi mangsa buruan pihak musuh Islam. Musuh telah memainkan peranan penting meruntuhkan nilai-nilai Islam dan mengetengahkan nilai-nilai batil dengan berbagai-bagai cara. Selama ini umat Islam hanya menjadi penonton menyaksikan keruntuhan itu. Umat Islam tidak mempedulikan segala fitnah yang dijalankan oleh musuh.

Masa Umat Yang Terbuang

Umat Islam tidak berusaha untuk memahami cara musuh mengambil peluang dan menjalankan usaha memesongkan pemikiran mereka. Umat Islam tidak menyelidiki dan meneliti falsafah barat, falsafah timur dan cara hidup mereka secara kritikal. Masa Umat Islam telah terbuang selama beberapa abad membicarakan perkara remeh-temeh. Persoalan aqidah yang terancam dilupakan sehingga lahirlah satu generasi yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang begitu tipis terhadap Islam yang sebenar.

Anggapan Yang  Salah

Sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal politik dan yang berkaitan dengannya semata-mata. Hal ini terjadi kerana meluasnya anggapan bahawa keimanan umat telah kukuh dan teguh. Juga luasnya anggapan bahawa kepimpinan dan pemerintahan sudah berada di tangan orang Islam yang dikatakan bertanggung jawab untuk membangunkan ummah.


Hakikat Sebenar

Namun bukan itulah yang berlaku dan jauh dari hakikat sebenar. Umat Islam yang dikatakan teguh dengan keimanan itu sedang mengalami keruntuhan moral dan rohani yang tenat. Umumnya, mereka yang dikatakan berpendidikan dan berpengaruh telah terpesong imannya dan dipengaruhi serta diresapi nilai-nilai jahiliah. Meskipun mereka mendakwa beriman dan berada di dalam Islam. Mereka menjadi penentang aqidah Islam dengan menyatakan bahawa nilai-nilai barat mesti digunakan untuk membentuk masyarakat. Jika tidak berbuat demikian, kehidupan masa hadapan masyarakat dikatakan tidak terjamin.

Berasaskan semangat ini mereka memproses dan mengembangkan cara hidup jahiliah di hadapan umat Islam.  Mereka menjerumuskan umat ke lembah athies, cintakan dunia dan takutkan mati. Ada di kalangan mereka yang melakukan proses ini secara agresif dan juga yang melakukannya secara beransur-ansur. Namun matlamat mereka tetaplah satu…..

Rujukan:
At-Ta’rif

Advertisements

Tiada Respons to “Adakah Ummah Islam Bermasalah.. (1)”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: