Ramadhan Di Palestin

Ramadhan

Alhamdulillah, pada 16 Ogos yang lalu, Aman Palestin dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis dan dibantu oleh sukarelawan PEMBINA Perlis telah melancarkan satu Majlis Penerangan ‘Ramadhan di Palestin’ kepada semua imam / wakil imam masjid seluruh negeri Perlis. Majlis ini bertujuan untuk memberi penerangan bentuk-bentuk aktiviti yang boleh dijalankan di masjid dalam mengutip dana dan sumbangan di sepanjang bulan ramadhan ini. (rujuk http://www.amanpalestin.org).

Sebahagian ImamMajlis ini dipengerusikan oleh Cikgu NoorZamri Ibrahim selaku Wakil Aman Palestin Perlis. Majlis penerangan tersebut telah dikelola oleh Dr Zainur Rasyid Zainuddin, Penanung Aman Palestin Bhd yang dijemput khas ke majlis ini. Pihak Aman Palestin di Perlis telah menyediakan satu beg yang berisi dengan 2 tabung, kalender Ramadhan dan risalah-risalah untuk diambil oleh pihak masjid selepas itu.

Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan beramal. Disamping kita berusaha untuk mensucikan diri di bulan ramadhan ini, kita juga dapat bersama-sama merasakan kesusahan dan penderitaan saudara-saudara seaqidah kita di Palestin dengan kita mendermakan sedikit daripada rezeki yang telah Allah kurniakan kepada mereka di sana.

Bersama Dr Juanda
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sohibul Samahah Dr.Juanda Jaya, Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang telah memberikan kami slot pendek untuk majlis ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada Dr Zainur Rasyid Zainuddin yang dapat meluangkan masa beliau bersama-sama kami di utara ini. Dengan jadual yang begitu ketat namun beliau sudi untuk menerima undangan kami. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada para sukarelawan PEMBINA Perlis yang gigih menyumbang tenaga untuk menjayakan majlis ini.

Akhir kata, marilah kita beramal di bulan Ramadhan ini. Semoga kita mendapat banyak keberkatan di bulan yang mulia ini.

Disediakan Oleh
amar

Mohd Amar Maarof Ahmad
Sukarelawan Aman Palestin
PEMBINA Perlis

Advertisements

4 Respons to “Ramadhan Di Palestin”

  1. tahniah..
    sedih tak dpt bersama

  2. Memang terasa bila Saudara Man tak ada..
    Tapi x apa.. ramai sukarelawan datang membantu..
    Alhamdulillah

  3. Semoga dengan inisiatif sebegini akn terus mendapat sambutan di bulan Ramadhan.Buat kawan-kawan,AYUH!bersama2 kita menyumbang untuk program Ramadhan untuk Palestin!

  4. Alhamdulillah..
    dapat terlibat sambil membantu menjayakan program ini..
    walaupun sumbangan x seberapa..
    terima kasih pada sume yang membantu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: