Kem Pra Ramadhan IPT

1Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Perlis sekali lagi muncul di tengah-tengah masyarakat dengan programnya yang menggarap massa. Kali ini tumpuan khusus diberikan kepada para belia mahasiswa di negeri Perlis.

Bersempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang, julung-julung kalinya PEMBINA Perlis dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Kem Pra Ramadhan bersama IPT pada 14 &15 Ogos 2009 yang lepas bertempat di Resort Bukit Ayer, Kangar, Perlis.

4
Program ini merupakan antara program terbesar PEMBINA Perlis pada tahun ini dan mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Mufti. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk menghidupkan budaya Ramadhan yang cemerlang di kalangan warga Institusi Pengajian Tinggi di samping memberi sedikit idea dan input kepada wakil setiap IPT bagi menyemarakkan pesta ibadah di kawasan IPT masing-masing.

Kem Pra Ramadhan ini telah melibatkan para mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi di negeri Perlis dan sebahagian daripada pesertanya terdiri daripada Perwakilan Mahasiswa di IPT masing-masing.

2
Program dua hari satu malam ini sarat dengan pelbagai aktiviti dan pengisian kepada para peserta yang kelihatannya tidak sabar menunggu ketibaan Ramadhan yang mulia. Sepanjang kem ini, para peserta telah berkampung dalam suasana alam semulajadi Bukit Ayer yang nyaman dan didedahkan dengan empat slot yang cukup menarik iaitu Merindui Ramadhan, Ramadhan dan Al-Quran, Ramadhan & Kemenangan Islam dan Amalan-amalan Sepanjang Ramadhan.

Para peserta juga berpeluang untuk bertaaruf dengan lebih rapat dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) disamping menyiapkan tugasan yang diberikan. Para peserta telah menampilkan kebolehan yang mantap dalam mengolah dan menyampaikan idea dalam sesi pembentangan hasil tugasan. Masing-masing petah berbicara membentangkan hujah sehinggakan melewati masa yang telah diperuntukkan.

6
Selain itu, kem ini turut dihiasi dengan sesi ice breaking yang menampilkan pelbagai gelagat peserta yang mencuit hati serta aktiviti riadhah yang mencabar di samping menikmati keindahan flora dan fauna ciptaan yang Maha Agung. Kem ini diakhiri dengan dengan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh Penasihat PEMBINA Perlis Ustaz Yahaya bin Nayan. Ustaz Yahaya berkesempatan menyampaikan sepatah dua kata sebagai azimat dan pesanan terakhir kepada para peserta sebelum pulang ke IPT masing-masing. Senyuman kepuasan dilontarkan oleh setiap peserta setelah menerima sijil penghargaan dan sedikit cendermata daripada PEMBINA Perlis. Majlis bersurai pada jam 5.15 petang.

PEMBINA Perlis mengharapkan program ini memberi sesuatu yang bermanfaat kepada para peserta sebagai persediaan menghadapi bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan mampu mencapai gelaran muttaqin yang dihajati selari dengan objektif disyariatkan puasa itu sendiri.

Peserta dan Urusetia

Untuk akhirnya, PEMBINA Perlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Perlis terutamanya kepada Sahibus Samahah Dr. Juanda bin Jaya dan Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, para urus setia dan fasilitator, PEMBINA Kedah, para penceramah, peserta daripada UNIMAP, IPGM Kampus Perlis, ACMS, IPTIPs, Kolej Komuniti Perlis serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.


Video ini telah disediakan oleh Saudara Azahari dari IPGM Kampus Perlis.

Disediakan oleh
ARahman
Abdul Rahman Ismail
Timbalan Kem Komandan
Kem Pra Ramadhan IPT

Lagi mengenai Kem Pra Ramadhan IPT
PEMBINA KEDAH
SYAZWAN BLOG

Advertisements

7 Respons to “Kem Pra Ramadhan IPT”

  1. salam..

    boleh x saya nak mintak skping gmbar progm ‘di ambang Ramadhan’ utk dimuatkan dalam laporan di blog PEMBINA kedah.

    kalau boleh, ini email saya ya
    nuriz_min@yahoo.com

    syukran.

  2. Wsalam.. Boleh.. Insya Allah, saya emailkan..

  3. salam.
    Pada pendapat, saya program seperti ini patut juga diadakan pada bulan Ramadhan untuk membantu muslimin dan muslimat di luar sana dalam menghayati dan seterusnya beribadah dengan penuh penghayatan sepanjang berada dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.

  4. Wsalam Nurul Husna,
    Terima kasih atas cadangan tersebut..
    actually kita ada sebenarnya: Kem Penghayatan Al-Quran di bulan Ramadhan..
    Nak join…? join.. Jangan x join..

  5. salam..
    terima ksh kerana mengundang saya ke kem pra ramadhan..
    walaupun hanya sempat bersama sekejap saja..
    dan paling bertuah, dapat jadi urus setia bidan terjun!
    pengalaman yang menarik..=D

  6. Wsalam Izzati..
    Walaupun sekejap tapi sekejap yang sarat dengan makna..

  7. salam…
    all members of PEmbina..
    alhamdulilah…MOGA jalan juang ini akan makin SUBUR dgn kehadiran pembina….Allahu AKbar!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: