Tahniah PEMBINA dan AMAN Palestin di atas Kejayaan Penganjuran KBAZ di PWTC

kbaz1

Bantu Palestin secara berterusan

KUALA LUMPUR 9 Mei – Segala tindakan bertujuan membantu rakyat Palestin perlu dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim kerana penindasan Zionis ke atas mereka tidak pernah berhenti.

Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, sebagai contoh langkah memboikot barangan buatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang sepatutnya diperhebat serta dipromosikan sehingga sekarang.

Beliau berkata, usaha tersebut sebenarnya merupakan salah satu bentuk jihad kerana ia adalah tanda sokongan umatSahibus Samahah Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis) ketika Ucapan perasmian Islam negara ini terhadap perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis.

”Makna jihad ialah berusaha bersungguh-sungguh dan orang yang mahu berjihad tidak semestinya mengangkat senjata.

”Salah satunya ialah dengan memberi bantuan sama ada dalam bentuk material atau memberi sokongan padu terhadap perjuangan mereka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina).

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Presiden Pembina, Kamil Azmi Tohiran.

Konvensyen itu berjaya menarik minat 3,000 belia dari seluruh negara untuk bersama-sama menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Dalam perkembangan sama Juanda berkata, beliau percaya jika sesuatu tindakan atau kempen itu dilakukan secara berterusan, masyarakat akan sentiasa ingat terhadap penderitaan rakyat Palestin

Selain boikot, beliau berkata, membaca doa khusus untuk rakyat Palestin setiap kali imam membaca khutbah Jumaat adalah salah satu bentuk sokongan yang harus dilakukan secara berterusan.

”Di Perlis, semua masjid pada setiap Jumaat dikehendaki membaca doa khusus untuk rakyat Palestin. Kami berdoa pada Allah agar mereka satu hari nanti bebas daripada cengkaman Zionis.

”Kami berasa bertanggungjawab untuk berdoa kerana kebanyakan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis adalah di kalangan saudara seagama,” katanya.

Sementara itu Abdullah Zaik berkata, pihaknya akan sentiasa menggerakkan usaha untuk memberi kesedaran Ustaz Abdullah Zaik (Pengarah Eksekutif Aman Palestin Berhad) di Sidang Mediakhususnya di kalangan generasi muda mengenai isu Palestin.

”Kita perlu menyatakan kepada mereka yang kita tentang ini ialah puak zionis dan bukan bangsa Yahudi. Zionis yang kita maksudkan ini ialah kerajaan Israel.

”Langkah itu penting supaya mereka tidak terkeliru dengan isu yang melibatkan rakyat Palestin,” tambahnya.

Utusan Malaysia
10 Mei 2009

Advertisements

Tiada Respons to “Tahniah PEMBINA dan AMAN Palestin di atas Kejayaan Penganjuran KBAZ di PWTC”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: