PAMERAN PALESTIN DAN PEMBINA DI PESTA KONVOKESYEN IPGM KAMPUS PERLIS

1Pada 21 hingga 23 April 2009 yang lepas, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Perlis dengan kerjasama Aman Palestin telah mengadakan pameran Palestin dan PEMBINA di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis sempena dengan Pesta Konvokesyen IPGM Kampus Perlis kali ke-4. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kerana pameran yang berlangsung selama tiga hari ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada warga IPGM Kampus Perlis. Para pengunjung yang datang ke booth ini tidak melepaskan peluang untuk melihat pameran dan mendapatkan penerangan tentang isu-isu Palestin.

Mereka didedahkan tentang sejarah palestin, Yahudi, gerakan zionis, 2perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin, peranan umat Islam hari ini dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan Palestin. Mereka juga didedahkan dengan peranan yang dimainkan oleh Aman Palestin dalam membantu rakyat Palestin. Selain itu pengunjung yang mengunjungi booth pameran dapat mengenali PEMBINA dengan lebih rapat disamping berkenalan dengan jawatankuasa PEMBINA Kangar. Mereka diberi penerangan tentang latar belakang PEMBINA, ahli jawatankuasa, peranan yang dimainkan, aktiviti-aktiviti dan hal-hal lain yang berkaitan dengan PEMBINA. Alhamdulillah terdapat dikalangan pengunjung yang berminat dengan PEMBINA.

3Secara umumnya pameran ini telah mencapai objektifnya iaitu:

i. Memperkenalkan Aman Palestin dan PEMBINA kepada orang ramai khususnya warga ipg.
ii. Memberi penerangan kepada masyarakat tentang isu-isu Palestin dan peranan umat Islam dalam menangani isu-isu tersebut.
iii. Mempromosikan “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis” yang akan diadakan pada 9 Mei 2009 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
iv. Melatih dan memberi pendedahan kepada sukarelawan PEMBINA dan Aman Palestin untuk bergerak secara bersama serta membina keyakinan untuk menggarap massa.

Di samping itu, Tabung Aman Palestin juga disediakan sepanjang pameran berlangsung untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada rakyat palestin. Kesedaran yang berterusan daripada umat Islam dalam memahami isu Palestin adalah amat penting. Umat Islam harus menyedari bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Bukan isu bangsa Arab atau isu rakyat Palestin sahaja. Kenapa tidak, di situlah terletaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang kedua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ketiga suci disisi Allah s.w.t. Di bumi inilah telah dihantar oleh Allah para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa. Selain itu, booth pameran Palestin dan PEMBINA turut menyediakan barang-barang jualan daripada Aman Palestin. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam Tabung Aman Palestin. Sepanjang pameran ini berlangsung, pelbagai gelagat yang mencuit hati yang dapat diperhatikan sama ada daripada pengunjung atau sukarelawan PEMBINA sendiri.

Untuk akhirnya, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga4 IPGM Kampus Perlis yang telah memeriahkan booth pameran Palestin dan PEMBINA. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada sukarelawan PEMBINA dan Majlis Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Perlis yang banyak membantu dan memberi kerjasama dalam memastikan pameran ini berjalan dengan lancar. Wassalam

Abdul Rahman bin Ismail
Penolong Setiausaha
PEMBINA Kangar

Advertisements

9 Respons to “PAMERAN PALESTIN DAN PEMBINA DI PESTA KONVOKESYEN IPGM KAMPUS PERLIS”

  1. tahniah PEMBINA Kangar
    warga ipgm kampus perlis mengalu-alukan kedatangan anda…

  2. terima kasih yang tak terhingga kepada MPP IPGM Kampus Perlis atas kerjasama yang diberikan…
    harapnya kolaborasi antara MPP dan PEMBINA dapat berterusan.
    tak lupa jg kpd warganya yang cukup mesra.tq

  3. Teruskn usaha dalam memperoleh ganjaranNya

  4. Tahniah atas kejayaan PEMBINA Perlis membuka booth sempena konvokesyen. Wah, lps ni boleh la kita tubuhkan PEMBINA Cawangan IPGM Kampus Perlis ya…

  5. Ruginya xdpt bersama kali ni(yang kali2 sblm tu pun xdpt join jgk).
    IPGM Kampus Perlis sgt mantap dgn aktiviti2 PEMBINA.
    Semoga lebih banyak aktiviti yg boleh disertai lps ni.:D

  6. alfu mabruk!
    sekurang-kurangnya guru pelatih ni sedar fungsinya as murabbi..
    mengambil tahu tentang isu palestin khususnya sebagai Muslim…

  7. alhamdulillah…..akhirnya berjaya juga adakan pameran tersebut…..pameran ini dapat memberi peluang kpd kita untuk menyumbang sesuatu……sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara jd masa itulah kita ambil peluang untuk menolong mereka yg dalam kesusahan….wassalam

  8. tahniah dan syabas buat pembina perlis…

  9. sampai sini ya tupysco..
    tahniah PEMBINA perlis…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: