Rehlah Keluarga di Pantai Merdeka

beliawanisSesungguhnya nikmat iman dan ukhuwah sangat tinggi nilainya. Tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan tidak juga dapat diperolehi dengan hanya membaca buku. Itulah yang dapat kami rasai apabila menyertai program Rehlah Keluarga anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kedah pada 4 April yang lalu. Ia adalah proses yang sentiasa diberikan perhatian serius di atas jalan yang panjang ini.

Bertempat di Pantai Merdeka, kelihatan indah pada pemandangan dan terasa indah pada perasaan pada hari itu. Kelihatan sebuah keuarga yang besar, penuh kasih sayang dan mahabbah tanpa mengira umur dan pangkat bersama-sama menjayakan program yang telah disusun rapi itu.

habibAntara program yang telah disusun adalah pertandingan bola sepak  4 penjuru dengan kaki harus diikat dengan pasangan masing-masing. Terasa kekok pada mulanya apabila kaki diikat.  Namun tidak menjadi masalah bagi semua peserta kerana semuanya dapat bermain dengan baik sekali dan dapat menjaringkan gol yang agak besar. Masing-masing berfikir bagaimana harus mencapai matlamat dalam serba kekurangan itu. Itulah pengajaran yang dapat kami rasai daripada permainan ini. Keseluruhannya dimenangi oleh pasukan Saifullah, tempat kedua Zulfakar, ketiga Briged Al-Qassam dan keempat pasukan Ruhul Jadid.

famlily-exploraceFamily explorace pula merupakan aktiviti untuk yang sudah berkeluarga. Memang menarik. Keluarga yang sudah berumur pun tidak merasa kekok untuk menyertainya. 11 buah keluarga semuanya. Seronok melihat bagaimana koordinasi sebuah keluarga diuji di dalam permainan yang cukup menghiburkan. Akhirnya dimenangi oleh Keluarga Prof Kamarun, ditempat kedua adalah Keluarga Haris dan ketiga Keluarga Amar.

barbeque

Dalam masa yang sama, peserta yang belum berumah tangga telah membantu di dalam penyediaan ayam dan kambing bakar. Bau aroma sahaja sudah cukup untuk membangkitkan selera kami semua. Disamping ibu-ibu yang tidak menyertai pertandingan juga bersantai-santai sambil menyediakan bahan untuk acara makan tengah hari.

hadiah
Dipenghujung aktiviti, diadakan majlis penutup program Rehlah Keluarga pada kali ini. YDP ISMA Kedah, Dr. Zulkifli telah memberikan ucapannya disusuli dengan ucapan daripada Ustaz Fisol yang begitu membekas di dalam hati kami. Ucapannya mendalam penuh dengan keyakinan dan harapan melihat satu generasi harapan yang baru pada masa akan datang. Kejelasan terhadap matlamat dan jalan yang akan mencapai kepada sasarannya.

Kemudian diadakan majlis penyampaian hadiah kepada semua peserta. Yang kalah pun dapat hadiah juga.  🙂 Alhamdulillah

ISMA
Akhir kalam, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ISMA Kedah kerana menjemput kami ke Program Rehlah Keluarga ISMA kali ini. Tahniah kepada pihak penganjur dan kepada semua peserta yang menjayakannya. Moga Allah menerima amalan kita semua.

Advertisements

6 Respons to “Rehlah Keluarga di Pantai Merdeka”

  1. Mudah2an program sebegini menjadi pemangkin pd kerja dakwah,
    kerna kita tahu bhw disinilh (ukhuwah) dtgnya kekuatan sebenar

  2. haaaaaaa……sedihnya tak dapat pi.
    lama dah tak jumpa sahabat2 kedah

  3. Alhamdulillah, Ukhwhah itu bahasa Amal bukan sekadar teori atau konsep yang di hafal semata-mata. Ertinya sikap atau sifat ukhwah itu di lakukan secara refleks tanpa perlu di fikir melalui aqal. Seperti mana yang di ertikan sebagai akhlak yang mantap. Lihat sahaja Umar al-Khattab menangis apabila mengetahui ada rakyatnya dirundung kelaparan, dan beliau sendiri membawa bekal makanan untuk rakyatnya itu. InsyaAllah perkasakan Ukhwah antara kita dalam memacu dakwah bersama.

  4. rehlah keluarga yang diadakan di Pantai Merdeka kali ni sememangnya tidak dapat saya lupakan.bukan hanya kerana saya tidak pernah ke sana,tetapi juga kerana aktivi2 yang dilakukan cukup berbekas di hati saya.sukaneka utk semua peringkat umur yang paling best.sukan utk family pun tak kurang seronoknya… pokoknya,semua aktiviti best!

  5. Alhamdulillah.. Moga ianya akan menjadi pembakar semangat Husna untuk terus maju di atas jalan ini..

  6. salam..pastinya amat mahal nilai perjalanan musafirku dr negri maharajalela utk tautanku bersama saudara hamzah,lutfi,saudara2 sekedah dan seperlis….mari teruskan perjuangan dikala rintangan utk kita sama2 hadapi…….moga ditetapkan hati atas jln redha-Nya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: