Seronoknya Cuti

cutiCuti Sekolah datang lagi. Saat-saat yang menggembirakan para pelajar… termasuklah guru.. 🙂

Selepas bergelumang dengan buku, ujian, sukan dan berbagai-bagai aktiviti di sekolah maka sampailah masa untuk berehat seketika. Bagi para pelajar yang tinggal di asrama, perasaan bercuti lebih terasa.

Berehat seketika bukanlah bermaksud membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Ada sesetengah pelajar menganggap inilah masanya untuk membalas dendam. Bangun pada pukul 10 pagi. (Waktu di asrama kena bangun pukul 5.30 pagi).. Penuhkan masa cuti dengan bermain permainan komputer yang melalaikan (di asrama tiada peluang untuk bermain game).. Sedangkan Allah telah bersumpah dengan masa bahawa manusia itu akan selalu di dalam kerugian kecuali mereka yang menggunakan masa tersebut dengan amalan-amalan yang akan mendekatkan diri kepadaNya. Kajilah sirah golongan salafussalih terdahulu, bagaimanakah mereka menggunakan setiap detik masa dalam kehidupan mereka. Imam Hassan Al-Banna menyebut di dalam Risalah Pemuda bahawa para pemuda dan pemudi daripada dulu sampailah sekarang merupakan pilar kepada kebangkitan ummah. Dalam setiap kebangkitan merekalah rahsia kekuatannya dan pengibar panji-panjinya.

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka
dan Kami tambah kepada mereka petunjuk”
[Al-Kahfi : 13]

Sedarlah.. Kita ada banyak tanggung jawab terhadap ummah. Penuhilah masa dengan perkara-perkara yang membina kekuatan diri dalam memikul amanah besar ini. Akhir kalam, selamat bercuti kepada semua. Moga cuti kali ini akan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah ta’ala.

Abu Balqis

Satu Respons to “Seronoknya Cuti”

  1. kena muhasabah diri nie..
    harapnya setiap detik yang berlalu memberi manfaat kpd kita semua.
    teringat kat surah al-‘asr.
    demi masa.sesungguhnya manusia dlm kerugian.
    kecuali org yg beriman dan mengerjakn kebajikan serta saling menasihati utk kebenaran dan saling menasihati utk kesabaran


Tinggalkan komen