Futsal antara IPT

Pasukan Futsal
Tanggal 1 Mac 2009, PEMBINA Perlis telah mengadakan futsal bersama beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Kangar dan Arau. Sebanyak tiga IPT menyertai futsal kali ini iaitu Institut Perguruan Perlis (IPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Matrikulasi Perlis.  Bertemakan Muhibbah, aktiviti futsal ini adalah bertujuan untuk menjalinkan suasana mahabbah dan kasih sayang antara pelajar-pelajar dari ketiga-tiga IPT selain menjadi sebahagian aktiviti mingguan PEMBINA Perlis.

Seawal 8.30 pagi, pasukan handalan Malaikat Subuh (MS) dari IPP, Malaikat Maut (MM) dari UiTM dan Muslim United (MU) dari Matrikulasi telah berkumpul di De Futsal Centre. Dengan penuh keazaman dan semangat ketiga-tiga pasukan handalan melangkah masuk ke gelanggang dengan jersi tersendiri.

Aksi
Setelah selesai memanas badan, MU(jersi biru) telah mencabar MS(jersi hijau) untuk bersaing. Permulaan yang cukup baik apabila setiap pasukan mempamerkan aksi-aksi mantap sehingga tiada sebarang gol di jaringkan. Namun asakan demi asakan oleh MS ke kandang gol MU telah memecahkan kebuntuan dengan jaringan 1-0. Dengan berbekalkan semangat yang tidak mahu berputus asa, MU kemudiannya mencuri satu mata.  Kekentalan pasukan MS sukar untuk diatasi. Bola bergerak terlalu  laju bak peluru bak kata penjaga gol MU apabila bola menerobos gawang MU. Seperti diduga perlawanan berakhir dengan MS menewaskan MU 3-1.

Sebagai pasukan yang menang, MS kekal di gelanggang dan menunggu tentangan pasukan seterusnya, MM(jersi jingga). Ternyata kekalahan MU dengan MS membibitkan semangat dalam pasukan MM. Kali ini permainan menjadi lebih getir dan perlawanan inilah yang sebenarnya ditunggu-tunggu. Pasukan MS dan MM yang dibarisi pemain handalan futsal berjaya mewujudkan permainan yang lebih seimbang seumpama buku bertemu ruas. Aksi pantas para pemain memukau penonton yang hadir. Ternyata keletihan MS yang sebelum ini bersaing dengan MU, memberi kelebihan kepada MM. Hantaran tersusun MM kemudiannya berjaya membolosi gol lawan. Akhirnya MM merentap rekod gah MS dalam perlawanan sebelumnya apabila menundukkan pasukan MS itu 3-1.

Bagi melengkapi pusingan liga, MU sekali lagi masuk gelanggang dan kali ini dicabar oleh MM selaku pemenang perlawanan sebelumnya. Aksi bersahaja MM sudah cukup untuk menjaringkan gol. MU atas semangat untuk bersaing berupaya memberi tentangan yang kuat. Namun ternyata MM bukan lawan MU. MM sekali lagi menjadi juara.

3

Memegang kepada tema asal Muhibbah, perlawanan yang seterusnya melibatkan ketiga-tiga pasukan perlu menghantar dua orang wakil untuk membentuk satu pasukan. Setiap pasukan dibarisi oleh wakil-wakil dari setiap IPT. Walaupun baru berkenalan, ahli-ahli dalam setiap pasukan jelas menunjukkan kerjasama yang baik. Justeru suasana untuk mewujudkan suasana muhibbah berjaya dibentuk. Aktiviti kali ini berakhir dengan setiap pemain saling bersalam-salaman.

Pada keseluruhannya, aktiviti futsal kali ini berjaya mewujudkan suasana muhibbah dan membangkitkan rasa perlunya memupuk suasana harmoni melalui ikatan ukhuwah sejati sepertimana yang dianjurkan Islam. Adalah diharapkan ukhuwah yang terjalin akan kekal berpanjangan… 😀

Fansuri

Advertisements

3 Respons to “Futsal antara IPT”

  1. Tahniah kepada semua pemain yang menjayakan futsal inter IPT tempoh hari.
    Kepada yang menjaringkan gol, yang mempertahankan gawang dan yang mengemudi pasukan.. anda semua telah melakukan tugas dengan baik..
    Semoga ruh berukhuwah akan terus subur dan berkembang di kalangan kita semua..

  2. Tahniah Pembina Perlis yg terus rancak dgn aktivitinya.

  3. bile pulak futsal seterusnya?? apa kate kite maen volleyball plak..??


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: