Rehlah Ke Lata Bukit Hijau

bukit-hijauBersemangat sekali Hanif, Lutfi, Amir, Asyraf dan Juraij untuk menyertai trip PEMBINA Perlis ke Lata Bukit Hijau kali ini. Dengan menaiki ‘buraq’ terus bergerak laju meninggalkan Perlis sekitar jam 8.20 pagi, 21 Februari yang lalu. Lata hijau terletak di dalam daerah Baling, sebuah tempat rekreasi pelancongan yang sangat menarik di Kedah Darul Aman.

Sampai ke destinasi lebih kurang jam 11.00 pagi. Kelihatan tidak ramai pengunjung yang ada di kawasan tersebut. Sedikit menggembirakan kami kerana jangkaan kami meleset..”ingatkan mesti ramai pengunjung waktu cuti-cuti ni” .

Pendakian

Ekspedisi mendaki bukit hijau pun bermula. Berbagai ragam manusia yang dapat kami rakamkan. Melihat dan mentadabbur alam ciptaan Allah memang benar-benar menginsafkan kami semua disepanjang pendakian. Teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, bagaimana beliau mengarahkan tentera-tentera Islam untuk menolak kapal melalui bukit dalam cubaan untuk menawan konstantinopel.

air-terjunSegala keletihan menjadi sirna bila kami sampai ke puncak. Suasana nyaman dan damai menggamit perasaan untuk terus terjun ke dalam kolam. Lebih kurang sejam kami menjalani aktiviti mandi dan juga disusuli dengan tazkirah alam. Masing-masing mengucapkan rasa syukur kerana mengikuti trip kali ini dan penuh iltizam untuk mengukuhkan tali persaudaraan dan berusaha untuk memahami kembali Deen Islam ini.

rfc

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Radix Fried Chicken (RFC) Sungai Petani. Restoran Halal milik umat Islam. Sesak dengan pelanggan. Terpaksalah kami menyusun strategi untuk mendapatkan meja yang kosong. Selepas setengah jam menunggu, barulah sampai giliran kami.. Dapatlah kami menikmati ayam goreng spicy RFC..Kelihatan kempen Gaza dari Aman Palestin di atas meja…Alhamdulillah.

Secara keseluruhannya, trip kali ini mencapai ahdaf yang kami tetapkan. InsyaAllah.. Semoga ianya menjadi kenangan tarbawi buat semua peserta trip Lata Hijau kali ini. Terima kasih kepada pemilik ‘buraq’, saudara Hamzah yang sedia ke mana sahaja apabila diperlukan.. 🙂

Wallahu’alam
Abu Balqis

Advertisements

5 Respons to “Rehlah Ke Lata Bukit Hijau”

  1. Alhamdulillah…semuanye berjalan lancar

  2. Alhamdulillah, next trip.. Gua Kelam..

  3. Syukran kepada penaja2 RFC & xlupa jg pemilik “buraq” yg bermurah hati menumpangkan kami. 😀

  4. sedihnya dihati apabila tak dapat join program kali ni.
    tapi sedikit terubat melihat semangat sahabat2…
    teruskan perjuangan…

  5. sedih juga mase tu demam + batuk…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: