Jejak Tabien: Sa’id bin al-Musayyab

DakwahPenulis pada kali ini ingin berkongsi dengan para pembaca menelusuri jejak peninggalan para tabien untuk kita ambil sebagai ‘ibroh’ dalam kehidupan kita pada hari ini. Mereka telah menghiasai lipatan sejarah dengan perjuangan dan dakwah.

Mari kita lihat kisah seorang Tokoh Tabien yang tersohor bernama Said bin al-Musayyab.

Beliau adalah seorang ulama’ tersohor di zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan di zaman Kerajaan Islam Umaiyyah. Beliau telah mewakafkan dirinya untuk menuntut ilmu semenjak kecil lagi. Sentiasa berpuasa di siang hari dan bersolat di malam hari. Memilih untuk berkahwin dengan anak Abu Hurairah kerana kedudukan Abu Hurairah yang banyak meriwayatkan hadis Rasulullah.

Antara sifatnya yang mulia ialah meletakkan ilmu pada tempatnya sehingga menolak perlawaan Khalifah untuk menjadi teman bualnya di khemah istana. Beliau menjawab “Orang yang hendakkan sesuatu, orang itulah yang datang mencarinya”

Beliau telah menolak pinangan Khalifah mengahwinkan anak lelaki Khalifah dengan anak perempuannya. Beliau memikirkan nasib anaknya yang akan khayal dengan kemewahan istana selepas dididik dengan didikan yang sempurna. Lalu mengahwinkan anaknya dengan salah seorang muridnya yang miskin harta tapi kuat pegangan agama dan sangat baik akhlaknya.

Sa’id bin al-Musayyab telah menjadikan dunia sebagai jambatan akhirat. Beliau melihat jauh ke hadapan, mencari keredhaan Allah dalam setiap tindakannya. Menolak pinangan Khalifah yang berkuasa dan kaya semata-mata untuk memastikan keberlangsungan proses tarbiyah dalam membina Baitul Muslim itu didokong oleh peribadi-peribadi mukmin yang  soleh yang memahami Deennya.

Wallahu’alam
Abu Balqis

sumber:
37 Kisah Kehidupan Tabien, Pustaka Salam

2 Respons to “Jejak Tabien: Sa’id bin al-Musayyab”

  1. Aku menikah di jalan dakwah?! cukup unik dan lebih unik karakter Said bin al-Musayyab yang dipaparkan. mudah2an ada di kalangan kita yang bersifat demikian

  2. InsyaAllah… Amiinn.. 🙂


Tinggalkan komen