Aktiviti-Aktiviti PEMBINA Perlis Sepanjang Minggu ke dua Februari’09
Aman Palestin dijemput untuk memberikan penerangan kepada para pelajar di SMKA Arau bersempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah peringkat sekolah pada 14 Februari yang lalu.
Saudara Hamzah Sakeran telah dipilih untuk menjayakan majlis kali ini selaku penceramah jemputan. Majlis tersebut diadakan di Surau Al-Falah disertai oleh semua pelajar dan juga beberapa orang guru.
Walaupun mengalami sedikit gangguan teknikal audio visual, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus memberikan penerangan kepada masyarakat mengenai isu Palestin.
Diakhir majlis, telah disampaikan Tabung Gaza kepada Wakil Aman Palestin. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua warga SMKA Arau yang telah menderma dan menjayakan program berkenaan.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Bersantai di Pantai Kuala Perlis
14 Februari 2009 (Sabtu/petang)
Pengalaman yang sangat menarik. Menaiki ‘buraq’ sambil menelerusi pantai Kuala Perlis. Sehingga kami menjumpai satu tempat yang sangat eksklusif untuk berhenti dan bersantai.
Sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Allah, diskusi ringan mengenainya juga berlangsung dalam suasana yang sangat damai.
Ya Allah persatukanlah hati-hati kami di atas jalan ini..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Malam Palestin di MRSM Beseri
11 Februari 2009 (Rabu/Malam)
Walaupun Perang Gaza sudah tamat tetapi ini tidak bermakna usaha memberikan penerangan kepada para pelajar berkaitan isu Palestin juga tamat. Malah usaha tersebut perlu dilipatgandakan lagi agar ummah kembali memahami permasalahan (Qadiah) Palestin ini.
Biro Kebajikan MPP telah mengambil inisiatif ini dengan menganjurkan Malam Palestin di MRSM Beseri yang berlangsung di Dewan Makan (DS). Dihadiri oleh para pelajar daripada Tingkatan 2 dan 5.
Cukup menginsafkan kita apabila mendengar ulasan yang dibuat oleh Cikgu Noorzambri Ibrahim selaku penceramah pada malam itu dengan tayangan-tayangan slide yang penuh dengan infomatif. Mengetuk hati-hati yang lalai dan menyedarkan kembali tentang peranan kita sebagai satu ummah.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Daurah Wanita PEMBINA
8 Februari 2009 (Ahad/pagi)
Daurah wanita ini merupakan pembukaan program bagi wanita PEMBINA pada tahun 2009 ini. Dihadiri oleh para pelajar dan guru sekitar 12 orang bertempat di rumah Pengerusi PEMBINA Perlis.
Pengisian di dalam daurah tersebut bertajuk Pengajaran Tarbiyah daripada Peperangan Furqan di Gaza. Banyak pengajaran dan juga petunjuk buat kita di Malaysia untuk terus melipatgandakan usaha dalam membina kembali generasi muslim.
Tinggalkan Jawapan