Tabung Gaza Dari Guru Pendidikan Islam dan J-Qaf Pulau Langkawi

Dana Gaza Pada hari selasa (10 Februari 2009) yang lalu, telah diadakan satu Majlis Perjumpaan Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah, Puan Hajah Zainab binti Md.Saman  dengan semua Guru Pendidikan Islam dan J-Qaf seluruh Pulau Langkawi.

Diantara intipati ucapan beliau ialah beliau menasihati para Asatizah  supaya sentiasa berkhidmat kerana Allah ta’ala dan mengharapkan penglibatan aktif daripada guru-guru J-Qaf dalam membangunkan kembali modal insan kelas pertama.

Beliau juga menyeru kepada semua hadirin supaya sentiasa meningkatkan mutu kerja dan menjaga nama baik perkhidmatan awam.

Selepas ucapan beliau, telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Gaza dari guru-guru Pendidikan Islam dan J-Qaf yang berjumlah RM 1060.00.  Dua orang wakil Aman Palestin dari Sekretariat Aman Palestin Zon Utara, Ustaz Yahaya Nayan dan Saudara Amar telah dijemput hadir bagi menerima sumbangan dana berkenaan.

Ucapan terima kasih kami kepada semua yang telah menyumbangkan ke dalam Tabung Gaza tersebut. Semoga setiap sen yang didermakan Allah catatkan sebagai amal soleh yang akan memberatkan timbangan amal kita.

Adalah juga misi Aman Palestin untuk memastikan setiap sen yang didermakan oleh rakyat Malaysia sampai ke tangan rakyat Palestin yang berhak dan yang sentiasa berjuang menentang musuh agama. Wallahu’alam.

Advertisements

Tiada Respons to “Tabung Gaza Dari Guru Pendidikan Islam dan J-Qaf Pulau Langkawi”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: