Ruhul Jadid

palestinepictures457 Apakah yang boleh anda ceritakan apabila melihat gambar disebelah? Adakah anda melihat gambar seorang kanak-kanak yang sedang melakukan aksi ‘incredible huck’ di hadapan seorang yang berpakaian askar dengan wajahnya yang lucu? Atau anda melihat kesan manifestasi ketinggian iman kanak-kanak ini apabila berhadapan dengan musuhnya, yahudi?

Tidak sedikit pun rasa gentar terpancar pada wajah kanak-kanak ni. Malah merasa ‘izzah’ dan mulia dengan Islam.

Inilah kanak-kanak yang lahir dari didikan tarbiyah Islam di Semenanjung Gaza. Mereka adalah generasi muslim contoh yang Allah perlihatkan kepada kita semua di abad ini.  Dikala musuh-musuh Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk memadamkan cahaya Islam yang ada pada HAMAS , Allah menyempurnakan cahayanya.

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci”
[ As-Shaff : ayat 8 ]

Peristiwa Gaza adalah sebahagian daripada proses tarbiyah yang perlu dilalui dalam membangunkan kembali generasi muslim ini. Terlalu banyak cahaya dan petunjuk daripada peristiwa ini untuk kita dan mereka yang memiliki mata hati. Beramallah wahai saudaraku kerana tidak rugi untuk menapak jalan ini.

Sebuah kisah yang boleh penulis kongsikan bersama para pembaca. Kisah ini diceritakan oleh seorang peserta di dalam Program TOT Aman Palestin di Seremban pada 1 Februari yang lalu. Beliau menceritakan tentang jiwa seorang anak kecil di Gaza apabila diajukan soalan tentang kehilangan sebelah kakinya sewaktu serangan Gaza baru-baru ini. Kanak-kanak tersebut menjawab dengan penuh keyakinan dan perasaan izzahnya terhadap Islam.

“Sebelah kakiku telah pun berada di dalam syurga, badanku akan menyusul kemudian”

Allahu Akbar.. Tidak sedikit pun rasa penyesalan yang lahir dari ungkapan anak kecil tu.. Malah yakin dan mendokong fikrah ini… Ingin mati syahid seperti ribuan syuhada yang gugur di tanah suci ini.

Ayuh wahai pemuda, marilah kita kembali kepada deen yang benar ini.. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memahami kembali deen Allah ini.. Marilah kita memperbaiki kembali kefahaman kita dengan tasawur Islam yang jelas dan beramal di atas jalannya.. Antum Ruhul Jadid Tasri Fi Jasmi Ummah

Wallahu’alam
abubalqis
Abu Balqis

Advertisements

4 Respons to “Ruhul Jadid”

  1. MasyaAllah,segala kehebatan iman dizahirkan pada peristiwa sebegini cukup menginsafkan diri

  2. sggh byk perbezaan antara para remaja di palestin dan di tempat kita..jika di sana,mereka sggh cekal menegakkan agama Allah..sedangkan di sini ramai yg sdh jauh dari agama Allah..nauzubillah..

  3. Terima kasih Izzati kerana memberikan komen.. Moga kita bersama-sama mereka yang cintakan deen ini dan terus berusaha untuk memperbaiki kefahaman kita dengan tasawur Islam yg jelas dan beramal di atas jalan ini

  4. MashaAllah, moga roh2 baru akan terus mengalir dalam diri umat ini…Allahu Akbar


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: