Angan-angan Mat Jenin

dreamIsu Palestin yang hangat diperkatakan mengingatkan saya tentang satu perkara yang selalu manusia lakukan. Mungkin ia nya tidak begitu ‘related’ dengan isu Palestin namun sedikit sebanyak boleh memberi sedikit semangat bagi kita semua. Teringat di zaman persekolahan dahulu, kita sering di tanya tentang impian dan cita-cita kita. Dan cita-cita atau impian kita itu senantiasa berubahan mengikut perubahan zaman dan tahap pemikiran dan pengalaman hidup kita. Mungkin saya dahulu mengimpikan untuk menjadi seorang guru ketika berada di tadika dan sekolah rendah. Semasa di sekolah menengah pula, cita-cita saya ‘up-grade’ sedikit. Nak jadi pensyarah atau doktor. Namun setelah saya selesai menamatkan pengajian di peringkat universiti, cita-cita saya semakin bercambah dan mungkin lebih besar, untuk menulis manusia. Suatu tugas yang bukan mudah.

Bercerita tentang impian, masyarakat Melayu cukup sinonim dengan kisah angan-angan Mat Jenin. Dari suatu sudut, kita merasakan angan-angan Mat Jenin suatu yang sia-sia. Tapi pada hakikatnya impian semalam merupakan hakikat hari ini andai dibajai dengan usaha dan perancanga yang bersungguh-sungguh. Setiap suatu perkara perlu di dahului dengan satu impian. Tidak salah untuk kita berimpian besar kerana andai tidak di capai impian itu, sekurang-kurangnya aka nada impian-impian kecil tercapai dalam perjalanan kita untuk mencapai impian yang besar. Jom kita telusuri suatu kisah yang bagi saya mampu mendorong kita untuk memasang impian yang besar.
Suatu hari Umar al Khattab r.a. duduk-duk bersembang dengan sahabat-sahabat beliau. Maka Umar berkata kepada sahabatnya, “Impikanlah”. Maka salah seorang sahabat yang hadir berkata, “Saya berangan-angan untuk memiliki banyak wang dan akan saya belanjakan untuk memerdekakan hamba dalam rangka meraih lebih redha Allah.”

Seorang yang lain menyahut, “Kalau saya, saya mengimpikan memiliki harta yang banyak lalu saya belanjakan fi sabilillah”. Yang lain menyahut, “Kalau saya mengangankan mempunyai tubuh yang kuat lalu saya abdikan diri untuk member air zam zam kepada jemaah haji satu persatu.” Setelah mendengar semua itu, maka Umar berkata, “Aku mengimpikan aka nada pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Musab bin Umair yang mana akan menegakkan agama ini di muka bumi.”

Nah, lihat sahaja bagaimana seorang tokoh memasang impian. Walaupun semua impian itu mantap dan bermanfaat untuk islam, namun Umar memandang lebih jauh ke hadapan kerana beliau sedar bahawa suatu perjuangan itu hanya mampu bangkit dengan di dokong oleh pemuda-pemuda yang berkualiti seperti mereka itu. Kenkadang mimpi dan angan-angan itu boleh hanya tinggal angan-angan, tapi ada hikmah di sebaliknya. Bermimpilah sebelum kamu menjadi pemimpin. Ini mampu di lakukan sebagaimana Umar menggerakan seluruh keukatan pada nya untuk merealisasikan impiannya untuk memiliki generasi yang hebat selepasnya melalu dakwah dan tarbiah yang dilakukan.

Justeru saya menyeru kepada diri saya dan anda semua pemuda di luar sana, marilah kita sama-sama memasang impian yang besar untuk umat ini. Malah di lihat keadaan di Palestin, pasti sahaja para pemuda di sana memasang impian untuk melihat Al-Quds bebas merdeka, suatu impian yang sangat besar dan mustahil dicapai jika di lihat dari sudut kekuatan fizikal yang ada mereka. Namun akhirnya Israel tetap tidak mampu menerobos tanah Gaza sepenuhnya. Marilah sama-sama memasang impian yang satu, ‘let we share a dream for the ummah’. Allahu akbar.

-al fattani-

Advertisements

Satu Respons to “Angan-angan Mat Jenin”

  1. Mmg sungguh semangat umpama percikan,namun akan lama kelamaan kelam bila tiada ranting dan daun-daun kering untuk dibakar.

    Carilh nyalaan yang kekal, yg tiada akan pudar padam.iaitu cahaya iman pd diri kita sbg pemuda Islam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: