Nov
01

Assalamualaikum w.b.h

 

Dimaklumkan bahawa blog Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Perlis telah berpindah ke alamat berikut:


http://pembinaps.blogspot.com

 

Teruskan melawati kami bagi mengetahui perkembangan aktiviti persatuan dan juga tambahan pengetahuan mengenai dunia islam hari ini.

Oct
24

UUM Sintok, 23 Oktober – Satu perlawanan persahabatan bola sepak  telah diadakan di antara Pembina Perlis dengan Pembina UUM (Kedah) yang telah berlangsung di padang bola sepak Pusat Sukan UUM.

Pembina Perlis yang diketuai Saudara Hamzah Sakeran telah diwakili oleh 23 orang pemain dari seluruh IPT di Perlis seperti Unimap, UiTM, IPG Kampus Perlis dan Politeknik. Manakala Pembina UUM pula diketuai oleh Saudara Hisyam dan diwakili oleh 20 orang pemain yang kebanyakan mereka adalah dari UUM. Tujuan utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pembina Perlis dan Pembina UUM (Kedah).

Perlawanan telah berlangsung selama 50 minit iaitu bermula pada pukul 6.00 petang dan tamat pada pukul 6.50 petang. Perlawanan yang sepatutnya berjalan lebih awal terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat yang turun di sekitar UUM.

Perlawanan berlangsung dengan aman dan penuh ukhuwah tanpa sebarang masalah dan perselisihan faham. Namun terdapat beberapa pemain yang mengalami sedikit kecederaan semasa perlawanan berlangsung. Keputusan perlawanan ialah Pembina Kedah 4 Pembina Perlis 2.

Selepas selesai perlawanan bola sepak, para pemain telah disediakan dengan jamuan makan dan sesi taaruf ringkas.

Oct
24

IPG Perlis, 23 Oktober – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) IPG Kampus Perlis telah menghantar dua pasukan Futsal untuk menyertai Kejohanan Futsal IPG Kampus Perlis.

Dua pasukan tersebut terdiri daripada pasukan futsal senior dan pasukan futsal junior. Seramai 14 orang ahli dan sukarelawan Pembina IPG Perlis, iaitu 7 orang untuk pasukan senior dan 7 orang untuk pasukan junior  telah menyumbangkan tenaga untuk bermain di dalam pasukan futsal Pembina.

Setelah mengharungi beberapa perlawanan, pasukan Futsal Senior Pembina IPG Perlis telah berjaya mendapat johan dalam kejohanan tersebut. Pada perlawanan suku akhir, mereka telah menang bergaya dengan jaringan 4-0. Pada perlawanan separuh akhir pula, mereka berjaya menumpaskan lawan dengan jaringan 4-2 dalam satu perlawanan yang sengit. Mereka meneruskan rentak cemerlang apabila mudah menewaskan lawan pada perlawanan akhir dengan jaringan 4-2. Manakala pasukan junior pula hanya berjaya mendapat tempat keempat setelah tewas di separuh akhir kepada pihak lawan dengan jaringan 1-3.

Walaupun tewas, namun pasukan junior telah menunjukkan semangat juang yang tinggi di dalam perlawanan tersebut. Pasukan senior pula mempunyai kelebihan melalui pengalaman bermain futsal di peringkat yang lebih tinggi.

Kejohanan futsal tersebut diadakan sempena Hari Gerko IPG Kampus Perlis dan berlangsung selama setengah hari bermula pukul 8.00 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Sep
25

InsyaAllah satu program kesenian dari Persatuan Belia Islam Nasional yang akan menemui anda semua akan berlangsung tak lama lagi..
1 program yang menyediakan pementasan teater sejarah jatuh bangunnya tamadun islam
diperhebatkan dengan persembahan bertenaga artis nasyid tanahair.. mempersembahkan..

SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah

http://www.sirahmuzikal.com/


untuk pendaftaran tiket online :

Mar
04

Baca baki entri ini »

Feb
26

Feb
20
Mesyuarat Agong Tahunan PEMBINA kali ke-3 yang berlangsung pada 13 Februari yang lepas telah menyaksikan suatu detik yang bersejarah buat Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) apabila suatu majlis menandatangani memorandum persefahaman diadakan antara PEMBINA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Dengan termeterainya memorandum persefahaman ini, ISMA diberi kepercayaan untuk menguruskan latihan dan peningkatan ahli-ahli PEMBINA. Memorandum ditandatangani oleh mantan Presiden PEMBINA, Dr. Kamil Azmi bin Tohiran bersama dengan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ust. Abdullah Zaik b Abdul Rahman. Majlis menandatangani memorandum persefahaman ini disaksikan oleh seluruh perwakilan PEMBINA dan wakil jawatankuasa pusat ISMA. Diharapkan melalui MoU yang telah ditandatangani, Ikatan Muslimin Malaysia dapat mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk membantu meningkatkan kualiti keperibadian dan ketrampilan ahli-ahli PEMBINA seiring dengan hasrat PEMBINA untuk mewujudkan generasi belia Islam yang berkarisma, terkehadapan dan bermanfaat kepada masyarakat.
Feb
09

Photobucket

Agak lewat untuk saya memberikan pandangan di dalam isu penggunaan kalimah Allah ini. Mungkin juga tidak begitu popular sekarang sebab rakyat Malaysia dalam sehari dua ini lebih menumpukan perhatian kepada perbicaraan kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar. Ditambah dengan sudah terlalu banyak tulisan yang mengulas isu ini samada dari pihak penyokong atau pihak yang tidak membenarkan.

Bolehkah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? Apa maksudnya? Saya kurang faham, lalu ingin bertanya dan membuat andaian …

Baca baki entri ini »

Feb
07

Feb
04

Hati Mukmin sentiasa bergantung kepada Penciptanya…

Sebelum ini saya telah berbicara tentang sikap optimis tafa’ul yang perlu ada pada seseorang Mukmin, iaitu tentang harapan masa depannya dan bagaimana dia mengatur serta merancang hidupnya berdasarkan sunnah sebab dan musabbab (Qadar) yang telah disediakan Allah untuk kehidupan ini… dan Allah tidak sekali-kali merubah sunnahNya untuk perjalanan alam ini.
Baca baki entri ini »

Jan
15

Hubungan hati dengan Allah mengaitkan antara rasa hati kita, apa yang wujud di dalam hati kita dengan sifat-sifat dan nama-nama Allah yang mulia.

Di dalam hati kita ada bermacam-macam rasa, bermacam-macam sifat dan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ada rasa benci, marah, sayang, kasih dan lain-lain lagi. Begitu juga sifat berani, takut, malu dan lain-lain. Semua ini adalah kekuatan-kekuatan, modal asas untuk kita berhubung dengan Allah.

Allah menyebut di dalam Al-Quran, menceritakan tentang diriNya, tentang ketinggianNya, tentang Keagungannya;

“Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya”

[ Surah Al-Hasyr : 22 – 23 ]

Baca baki entri ini »